Putrajaya digesa semak semula perjanjian perdagangan Trans-Pasifik


Pagi ini, sekumpulan individu daripada MFSM menghantar memorandum kepada Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamad Sabu, menggesa kerajaan perpaduan semak semula CPTPP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Disember, 2022.

SEBUAH kumpulan makanan menggesa kerajaan perpaduan yang baharu ditubuhkan untuk mengkaji semula Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan kesannya terhadap masyarakat petani.

Jurucakap Forum Kedaulatan Makanan Malaysia Malaysia (MFSM) Nurfitri Amir Muhammad berkata kerajaan terdahulu tidak menilai kesan terhadap petani serta golongan nelayan ketika ia memutuskan untuk menandatangani perjanjian itu pada 30 September, 2022.

“Kami mahu kerajaan baharu menilai semula dan melihat kembali perjanjian itu dengan lebih teliti. Sejak isu itu diperdebatkan, tidak ada kenyataan dibuat oleh mana-mana agensi berkaitan atau kementerian berkenaan,” katanya.

Pagi ini, sekumpulan individu daripada MFSM menghantar memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan dan diterima oleh menterinya, Mohamad Sabu.

Memorandum itu menggesa Mohamad yang baharu dilantik menteri untuk mempertimbangkan semula kedudukan Malaysia dalam perjanjian itu kerana ia mengancam hak petani dan nelayan yang miskin.

Terdahulu dalam satu kenyataan bertarikh 5 Oktober, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata ratifikasi itu dibuat selepas bertahun-tahun perbincangan dan rundingan terperinci selain penilaian secara berhati-hati diadakan oleh kerajaan.

Miti berkata melihat kepada analisis faedah kos, jelas menunjukkan manfaat yang akan diperoleh daripada rafitikasi CPTPP jauh lebih tinggi berbanding kos yang mungkin timbul daripada pelaksanaan perjanjian itu. – 29 Disember, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen