SEBUAH dron Ukraine ditembak jatuh berhampiran lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov Russia yang turut mengorbankan tiga askar Russia selepas terkena serpihan dron itu, lapor Sputnik.
“Pada 26 Disember, kira-kira 1.35 waktu Moscow (22.35 GMT pada 25 Disember), sebuah dron Ukraine ditembak jatuh pada altitud rendah ketika menghampiri lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov. Serpihan dron itu menyebabkan petugas unit teknikal yang berada di lapangan terbang itu maut,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia, hari ini.
Peralatan penerbangan tidak mengalami kerosakan akibat kejadian itu. – Bernama, 26 Disember, 2022.
Komen