2 juruterbang nyaris maut, pesawat tentera udara Korea Selatan terhempas 


Pesawat ringan KA-1 nilik tentera udara Korea Selatan terhempas di daerah Hoengseong iaitu kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul pada Isnin.– Gambar Youtube, 26 Disember, 2022.

DUA juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.

Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Juruterbang telah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera. – Bernama, 26 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen