Kelab Arab Saudi masih tunggu keputusan Ronaldo


Kelab bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat bintang sensasi Cristiano Ronaldo sejak awal Disember. – Gambar AFP, 26 Disember, 2022.

KELAB bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.

Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.

Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.

“Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya. – Bernama, 26 Disember, 2022.          


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen