Kereta api tergelincir di Serbia, 51 orang terhidu gas ammonia 


SEKURANG-kurangnya 51 orang terhidu ammonia selepas sebuah kereta api yang memawa gas beracun itu tergelincir di bandar raya Pirot di tenggara Serbia pada Ahad, menurut Kementerian Dalam Negeri. 

Polis memberi amaran kepada penduduk untuk mengelak berada di luar rumah, menurut Agensi Anadolu.

Datuk Bandar Pirot, Vladan Vasic, mengisytiharkan darurat dan sekolah ditutup selama sehari.

“Orang ramai dinasihat tidak keluar dari rumah, tidak menggunakan penghawa dingin supaya udara luar tidak masuk dan kita semua menunggu kepulan asap yang berlalu,” kata Vasic.

“Tujuh orang telah dibawa ke (sebuah hospital) di Nis,” kata Vasic.

Beliau berkata terdapat 20 gerabak membawa ammonia dan kebocoron dikesan di dua daripada gerabak itu.– Bernama, 26 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen