Semoga Krismas pupuk persefahaman antara kaum, agama, kata PAS


Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Disember, 2022.

PAS berharap sambutan Krismas tahun ini akan memupuk keharmonian dan persefahaman antara kaum dan agama di Malaysia, kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Beliau menyuarakan harapan parti Islam itu dalam satu kenyataan ucap selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia yang merayakannya hari ini.

“PAS mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di seluruh Malaysia.

“Semoga sambutan pada tahun ini akan terus memupuk suasana keharmonian, persefahaman dan rasa hormat menghormati antara kaum dan fahaman sebagaimana ajaran semua agama serta ia dapat terus dijagai dan diamalkan oleh penganutnya demi mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatu padu di negara kita ini,” katanya.

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – 25 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen