PM ucap selamat maju jaya buat mahasiswa sertai WUDC di Sepanyol 


Mahasiswa UiTM berlepas ke Madrid semalam bagi mengikuti World Universities Debating Championship bermula Selasa ini di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.– Gambar Facebook, 25 Disember, 2022.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula Selasa ini di Madrid, Sepanyol.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid, yang diserahkan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas semalam.

“Saya turut difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

“Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah,” katanya.

WUDC yang bermula pada 27 Disember ini sehingga 4 Januari depan akan berlangsung di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.– Bernama, 25 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen