SEKURANG-kurangnya 27 orang cedera pada Sabtu apabila sebahagian daripada stadium sukan di selatan Kaherah runtuh semasa perlawanan bola keranjang, kata kementerian kesihatan Mesir.
Jurucakap kementerian Hossam Abdel Ghaffar berkata “27 orang cedera, ada yang patah tulang dan mengalami pendarahan,” sambil menambah bahawa “sebahagian besarnya adalah kecederaan yang tidak mengancam nyawa”.
Persekutuan bola keranjang Mesir menggantung perlawanan antara Al Ittihad dari Alexandria dan Al Ahly dari Kaherah ketika responden pertama bergegas ke Dewan Sukan Hassan Mostafa yang terletak di pinggir bandar.
Lebih 20 ambulans telah dihantar untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital, tambah kementerian itu.
Menteri Belia dan Sukan Ashraf Sobhi telah melantik jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian itu. – AFP, 25 Disember, 2022.
Komen