KERAJAAN Taliban mengarahkan semua NGO kebangsaan dan antarabangsa untuk memberhentikan pekerja wanita warga Afghanistan selepas “aduan serius” mengenai kod berpakaian mereka, umum Kementerian Ekonomi, hari ini.
“Terdapat aduan serius mengenai ketidakpatuhan berhijab dan peraturan lain yang berkaitan dengan cara bekerja wanita dalam organisasi NGO kebangsaan dan antarabangsa,” kata kementerian itu dalam hantaran memo kepada semua NGO, yang salinannya dilihat AFP dan disahkan jurucakap kementerian.
“Kementerian ekonomi ...mengarahkan semua organisasi untuk memberhentikan wanita daripada bekerja sehingga diberitahu kelak,” menurut memo itu.
Perintah itu dibuat kurang seminggu selepas menteri pengajian tinggi melarang wanita hadir ke universiti, hingga menimbulkan kemarahan global.
Sejak kumpulan pejuang Islam itu merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, mereka mengenakan sekatan keras ke atas wanita termasuk menidakkan hak mereka menjalani kehidupan umum. – AFP, 24 Disember, 2022.
Komen