Ratusan penerbangan dibatalkan di AS akibat cuaca buruk


Ribuan penerbangan di seluruh AS dibatalkan pada Jumaat kerana cuaca buruk, termasuk ribut salji dijangka melanda dua pertiga bahagian negara itu pada hujung minggu ini. – Gambar EPA, 24 Disember, 2022.

RATUSAN penerbangan dibatalkan pada pagi Jumaat membabitkan lapangan terbang utama di Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) kerana ais dan ribut salji.

Menjelang 8 pagi Jumaat waktu tempatan, Seattle, bandar terbesar di barat laut AS membatalkan 449 atau 80% penerbangan keluar masuk dari bandar itu, lapor Xinhua.

Portland of Oregon membatalkan 202 penerbangan manakala Lapangan Terbang San Francisco (51) dan 79 penerbangan di lapangan terbang terbesar di Kawasan Teluk California ditangguhkan.

Beribu-ribu penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibatalkan pada Jumaat kerana cuaca buruk, termasuk ribut salji dijangka melanda dua pertiga bahagian negara itu pada hujung minggu ini hingga membantutkan perjalanan percutian. – Bernama, 24 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen