PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadualkan bertemu pada Mei depan untuk memeterai perjanjian mengakhiri senjata nuklear di semenanjung Korea, kata pegawai kanan Korea Selatan selepas taklimat di White House.
“Saya beritahu Presiden Trump bahawa pertemuan kami dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un komited untuk menghentikan senjata nuklear,” kata Penasihat Keselamatan Negara Korea Selatan Chung Eui-yong selepas kembali dari kunjungannya ke Pyongyang baru-baru ini.
“Jong-un berjanji Korea Utara tidak akan melakukan ujian nuklear dan peluru berpandu pada masa ini,” katanya kepada wartawan dalam satu penampilan luar biasa di laman White House.
“Presiden Trump hargai taklimat itu, dan berkata beliau akan bertemu Jong-un pada Mei untuk mencapai kata sepakat tentang nuklear.” – AFP, 9 Mac, 2018.
Komen