MENTERI Dalam Negeri Perancis Gérald Darmanin sedang dalam perjalanan untuk melawat lokasi kejadian tembakan maut di Paris.
“Ingatan saya hanya kepada saudara-mara mangsa,” ciapnya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo turut memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga mereka dan berkata bahawa perkhidmatan sokongan psikologi akan dibuka di dewan bandaran daerah pentadbiran (arondisemen) ke-10.
Sebelum ini laporan menyebut seorang lelaki ditahan polis selepas dua orang terbunuh dan empat lagi cedera dengan dua lagi dilaporkan serius dalam insiden tembakan di tengah Paris.
Siasatan bermula terhadap kemungkinan kes pembunuhan dengan sengaja. Pendakwa raya berkata seorang suspek berusia 69 tahun kini ditahan.
Insiden di daerah pentadbiran ke-10 itu berlaku di sekitar pusat kebudayaan Kurdish. Polis menerusi Twitter menyeru orang ramai mengelak kawasan itu. – Bernama, 24 Disember, 2022.
Komen