BEKAS ketua penerangan PKR Pusat Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada perdana menteri ialah bekas ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.
“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Chan menjadi ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022. – Bernama, 23 Disember, 2022.
Komen