Belanda tahan 2 rakyat Syria disyaki rancang serangan


BELANDA menahan dua adik beradik lelaki warga Syria berusia 20 dan 22 tahun di tenggara negara itu, kerana disyaki sedang bersiap untuk melakukan tindakan keganasan, kata pendakwa raya.

Siasatan dilancarkan minggu ini selepas menerima makluman daripada jabatan risikan Belanda, katanya.

Polis menahan kedua-dua suspek pada petang kelmarin di bandar Stein, berhampiran sempadan Belgium, kata pendakwa.

“Ketika penahanan dan pemeriksaan di rumah suspek, tiada senjata atau bahan letupan ditemui,” katanya.

Jurucakap pendakwa raya berkata siasatan pada masa ini akan fokus kepada apa yang difikirkan dan dirancang oleh kedua-dua suspek itu. – AFP, 23 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen