Penerbangan batal, ribut salji landa Amerika Syarikat


Sekurang-kurangnya lima negeri di AS termasuk Kentucky, Missouri, Oklahoma, Georgia dan North Carolina memulakan pelan kecemasan susulan ribut salji. – Gambar EPA, 23 Disember, 2022.

LEBIH 2,200 penerbangan dibatalkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) setakat petang semalam susulan ribut salji Elliot, menjejaskan perancangan cuti hujung tahun, dengan ramanan tiga lagi salji tebat dengan angin kuat dan cuaca terlalu sejuk.

Sekurang-kurangnya lima negeri – Kentucky,  Missouri, Oklahoma, Georgia dan North Carolina – memulakan pelan kecemasan dan negeri lain dijangka mengikut langkah itu.

“Ini bukan salji biasa seperti zaman kanak-kanak kita,” kata Presiden Joe Biden kepada media di White House sempena taklimat berkenaan cuaca dan masalah pengangkutan.

Jalan raya diseliputi salji dilihat di kebanyakan kawasan di negara itu.

Selain pembatalan 2,200 penerbangan, lebih 6,900 penerbangan lain bagi kemasukan dan keluar dari AS terpaksa ditunda.

Kebanyakan penerbangan AS dibatalkan setakat ini membabitkan hab penerbangan antarabangsa di Chicago O’Hare atau Denver. – AFP, 23 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen