LADANG angin luar pesisir utama pertama Jepun di utara Wilayah Akita memulakan operasi komersial pada Khamis, lapor Sputnik, memetik syarikat operasi Akita Offshore Wind Corporation.
“Kami melaksanakan projek kuasa angin luar pesisir berskala besar pertama secara komersial di Jepun di Pelabuhan Akita dan Pelabuhan Noshiro di Wilayah Akita (Ladang Angin Luar Pesisir). Kami memulakan operasi berdasarkan program tarif suapan untuk tenaga boleh baharu (FIT) di Ladang Angin Luar Pesisir Pelabuhan Noshiro pada 22 Disember 2022,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Syarikat itu menjangkakan ladang angin itu yang masih dalam fasa pentauliahan akan beroperasi selama 20 tahun.
Syarikat itu memasang 33 turbin angin, 20 daripadanya di pelabuhan Noshiro dan 13 di pelabuhan Akita, dengan setiap unit mempunyai kapasiti 4.2 megawatt, menurut kenyataan itu.
Tenaga elektrik yang dijana akan dijual melalui Tohoku Electric Power, satu daripada syarikat elektrik terbesar di Jepun. – Bernama, 22 Disember, 2022.
Komen