Itali akan benarkan babi hutan diburu di bandar


Wakil rakyat berkata babi hutan merayap di kawasan awam amat berbahaya kepada orang ramai dan pengguna jalan raya. – Gambar EPA, 22 Disember, 2022.

KUMPULAN hak asasi haiwan berang selepas wakil rakyat Itali meluluskan pelan untuk meluaskan kawasan memburu di bandar dalam usaha mengekang masalah babi hutan masuk ke bandar termasuk di Rome.

Jawatankuasa bajet Parlimen mendapat kebenaran untuk membawa usul pindaan itu dalam belanjawan 2023, di mana ia akan diundi sebelum akhir tahun ini.

Pindaan itu nanti akan membenarkan haiwan liar dibunuh atas alasan keselamatan di kawasan terlindung, termasuk di bandar, dengan babi hutan yang menjalani ujian kebersihan akan dibenarkan untuk dimakan, menurut laporan media.

Parti perdana menteri, Brothers of Italy yang membawa usul itu bertegas mengatakan ia bukan tentang memburu, tetapi lebih kepada “mengawal”, berkata babi hutan merayap di kawasan awam amat berbahaya kepada orang ramai dan pengguna jalan raya, selain jangkitan selesema babi.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi haiwan membantah langkah itu, berkata ia boleh menjejaskan sepsis terlindung Kesatuan Eropah, termasuk serigala. – AFP, 22 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen