Bekalan elektrik kawasan terjejas banjir mulai pulih, kata TNB


BEBERAPA kawasan di lima daerah di Terengganu terjejas banjir kembali menerima bekalan elektrik bermula 1 pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebooknya TNB Careline memaklumkan kawasan tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang, Besut dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah di Dungun.

“Namun, terdapat penambahan penutupan bekalan bagi beberapa kawasan di Dungun disebabkan hujan lebat dan banjir,” menurut kenyataan itu.

Menurut TNB usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat. – Bernama, 21 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen