GAMBAR Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA menerima paling banyak like berbanding foto yang dimuat naik atlet lain di Instagram.
Catatan Messi, berbunyi “JUARA DUNIA!!!!!!!,” mendapat lebih 49.8 juta like di platform media sosial sejak dimuat naik pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Foto itu menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia sambil meraikan kemenangan gemilang Argentina ke atas juara bertahan Perancis.
Jumlah like itu mengatasi hantaran sebelum ini termasuk dari Cristiano Ronaldo dan gambar Messi bermain catur yang sebelum ini mencatatkan rekod kira-kira 42 juta like di Instagram.
Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.
Pada Ahad, pasukan Argentina yang diketuai Messi menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. – Bernama, 20 Disember, 2022.
Komen