Bantuan tunai kerajaan sebelum ini diteruskan, kata Anwar


Ravin Palanisamy

PUTRAJAYA akan meneruskan program bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan di bawah kerajaan terdahulu, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata perdana menteri ketika membentangkan usul belanjawan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga menteri kewangan bagaimanapun tidak mendedahkan kumpulan penerima bantuan.

Bantuan tunai rakyat antara inisiatif yang dibiayai kerajaan melalui belanjawan tambahan yang terdiri daripada dua komponen.

Antaranya, yang pertama ialah membayar emolumen dan bantuan perkhidmatan awam, di mana kerajaan mengambil RM107.7 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Komponen kedua melibatkan RM55.96 bilion daripada Kumpulan Wang Pembangunan 2023, bagi membiayai projek pembangunan yang sedang berjalan.

Ia sebahagian daripada belanjawan tambahan yang diluluskan Parlimen hari ini. – 20 Disember, 2022.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen