LEBIh 30 penumpang termasuk seorang bayi berusia 14 bulan cedera apabila penerbangan Hawaiian Airlines mengalami pergolakan udara sebelum mendarat di Honolulu, lapor Sputnik.
“Kecemasan melibatkan mangsa yang ramai berlaku pada pagi Ahad dalam penerbangan Hawaiian Airlines menuju ke Honolulu dari Phoenix membawa 278 penumpang dan 10 anak kapal,” menurut The Honolulu Star-Advertiser, memetik jurucakap Hawaiian Airlines Alex Da Silva.
Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Honolulu Shayne Enright memberitahu akhbar itu menerusi e-mel bahawa pesawat itu mengalami pergolakan udara teruk kira-kira 30 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye.
Seramai 36 penumpang, 20 dewasa dan bayi berusia 14 bulan dirawat semasa ketibaan, 11 daripadanya serius manakala sembilan lagi stabil.
COO Hawaiian Airlines Jon Snook yang dipetik akhbar itu pada Ahad berkata tidak jelas berapa ramai penumpang dalam pesawat itu yang memakai tali pinggang keledar pada masa pergolakan berlaku.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS (NTSB) sedang menjalankan siasatan ke atas insiden itu. – Bernama, 19 Disember, 2022.
Komen