PENYANYI terkenal Rihanna buat pertama kalinya berkongsi video bayi lelakinya, hasil perkongsian dengan penyanyi rap A$AP Rocky pada Mei.
Video berdurasi 45 saat di TikTok itu telah menarik 11.5 juta tontonan dan 3.4 juta “like” sejak ia disiarkan pada Sabtu.
Dalam video bertajuk “hacked,” bayi lelaki itu tersenyum dan mahu mengambil telefon yang dipegang Rihanna.
Mogul hiburan dan fesyen berusia 34 tahun di sebalik lagu popular “Diamonds” dan “Umbrella” melahirkan anak pada Mei tetapi tiada butiran lain, termasuk nama kanak-kanak itu, didedahkan kepada umum.
Penyanyi itu, yang nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi jutawan, mempamerkan pencapaian muziknya kepada jenama solek, pakaian dalam dan fesyen yang berjaya. – AFP, 19 Disember, 2022.
Komen