PRESIDEN Argentina Alberto Fernandez akan menonton pertandingan akhir Piala Dunia antara pasukan negaranya dan Perancis di rumah, dan tidak ke Qatar.
“Sama seperti jutaan rakan senegara, saya akan menonton perlawanan akhir ini di rumah saja,” katanya di Twitter.
“Saya akan menikmati saat indah ini bersama rakyat. Pasukan terbaik kita akan berada di padang, dan peminatnya setia menanti.”
Fernandez adalah peminat setia Argentinos Juniors, pasukan yang melahirkan bintang terkenal Diego Maradona.
Rakan sejawat Fernandez dari Perancis, Emmanuel Macron pulau akan hadir ke Qatar, kata pegawainya.
Pada Rabu, Macron turut ke stadium di Qatar menonton pasukan Perancis melawan Maghribi bagi perlawanan separuh akhir. – AFP, 18 Disember, 2022.
Komen