AFRIKA Selatan mula mengerah tentera untuk berkawal dan melindungi loji janakuasa elektrik negara itu susulan krisis bekalan elektrik bertambah buruk, kata pihak berkuasa.
Gangguan bekalan elektrik secara berjadual menyukarkan negara industri di benua itu sejak beberapa tahun lalu, tetapi ia semakin kerap tahun ini.
“Pihak berkuasa Eskom mengesahkan tentera dikerahkan di kawasan loji janakuasa,” kata syarikat bekalan elektrik itu.
Jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa berkata minimum 10 anggota ditempatkan bagi fasa pertama di setiap stesen bekalan elektrik.
Ia susulan ancaman sabotaj, kecurian, vandalisme dan rasuah yang semakin meningkat di loji janakuasa diesel dan arang batu, katanya.
Afrika Selatan berdepan masalah kekurangan bekalan elektrik sejak 15 tahun lalu dan semakin teruk tahun ini.
Rakyat marah dengan keadaan itu di mana mereka terpaksa mengalami gangguan bekalan elektrik beberapa kali dalam sehari, kadang-kala mencecah 11 jam setiap hari tanpa elektrik. – AFP, 18 Disember, 2022.
Komen