Bayi 2 bulan maut kapal pendatang karam di Lesbos


Kebanyakan pendatang asing lari dari negara asal di Afrika dan Timur Tengah untuk masuk ke Greece, Itali dan Sepanyol dengan harapan dapat menikmati hidup lebih baik di eropah. – Gambar fail EPA, 18 Disember, 2022.

MAYAT seorang bayi dua bulan ditemui daripada kapal pendatang asing yang karam di Lesbos awal pagi Jumaat, kata pihak berkuasa.

Bayi lelaki itu dibawa ke hospital di mana beliau disahkan meninggal dunia, kata coroner Theodoros Nousias.

Insiden itu berlaku apabila kapal membawa pendatang asing kebanyakan berasal dari negagra Afrika terlanggar batu di pesisiran kawasan di Fara, kata sumber.

Ada sebahagian penumpang yang berjaya sampai ke tepi pantai dan memaklumkan pihak berkuasa.

Pengawal pantai berkata ia menerima panggilan ke kawasan itu pada petang Jumaat dan mendapati 30 pendatang asing selama dan mayat seorang bayi. Sementara itu, dua mangsa cedera.

Pihak berkuasa berkata dipercayai 16 lagi penumpang tiba di Lesbos tetapi hilang apabila kapal itu karam, dan ia termasuk ibu kepada bayi berkenaan.

Perkhidmatan pengawal pantai Greek berkata ia menyelamatkan 1,500 pendatang asing dalam tempoh lapan bulan pertama 2022, berbanding 600 bagi tempoh saman tahun lalu.

Kebanyakannya lari dari negara asal di Afrika dan Timur Tengah untuk masuk ke Greece, Itali dan Sepanyol dengan harapan dapat menikmati hidup lebih baik di eropah. – AFP, 18 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen