ELON Musk pada Jumaat berkata beliau akan melepaskan kembali akaun Twitter beberapa wartawan yang digantung selepas beliau menuduh mereka membahayakan keluarganya.
“Orang ramai telah bersuara. Akaun yang membuat sebarkan lokasi saya akan dibatalkan penggantungannya sekarang,” kata pemilik Twitter itu.
Musk menjalankan tinjauan Twitter bertanya sama ada beliau perlu pulihkan akaun yang digantung sekarang atau dalam masa seminggu. Hampir 59 peratus daripada 3.69 juta yang mengambil bahagian berkata beliau perlu segera pulihkan akaun.
Musk telah menimbulkan kemarahan dan amaran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas menggantung setengah dozen akaun Twitter wartawan terkemuka dari New York Times, CNN dan Washington Post.
Kontroversi terbaharu itu bermula apabila Musk pada Rabu menggantung @elonjet, akaun yang menjejaki penerbangan jet peribadinya.
Musk berkata langkah itu perlu selepas sebuah kereta di Los Angeles yang membawa salah seorang anaknya diekori oleh “pengintai gila” selain menyalahkan pengesanan jetnya atas kejadian itu.
Beberapa wartawan telah melaporkan kejadian itu, termasuk tweet yang mengaitkan ke akaun @elonjet yang digantung, yang Musk berkata sebagai “koordinat pembunuhan” terhadapnya dan keluarganya. – AFP, 17 Disember, 2022.
Komen