Kerajaan campuran Slovakia tumbang, presiden gesa pilihan raya awal


Presiden Slovakia Zuzana Caputova pada Jumaat menggesa agar pilihan raya awal diadakan selepas kerajaan campuran tumbang.– Gambar AFP, 17 Disember, 2022.

PRESIDEN Slovakia Zuzana Caputova pada Jumaat menggesa agar pilihan raya awal diadakan selepas kerajaan campuran tumbang.

Kerajaan Slovakia tumbang pada Khamis melalui usul undi tidak percaya di Parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Edvart Heger menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Caputova.

Caputova berkata kerajaan baharu perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan pilihan raya perlu diadakan secepat mungkin.

Kerajaan sementara harus memastikan pilihan raya diadakan menjelang Februari selaras dengan undang-undang.

Kerajaan campuran itu tumbang selepas 78 Ahli Parlimen mengundi menyokong resolusi itu.

Sekurang-kurangnya 76 undi diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Eduard Heger. – Bernama, 17 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen