SERAMAI 10 pengunjung konsert cedera dalam insiden rempuhan di O2 Academy Brixton, di selatan London, menyaksikan empat mangsa dilaporkan kritikal, menurut Sputnik.
“Lapan dibawa dengan ambulans ke hospital, empat daripadanya dalam keadaan kritikal. Dua lagi mangsa diberikan rawatan oleh pegawai Perkhidmatan Ambulans London (LAS) di lokasi kejadian,” menurut Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.
Kejadian berlaku ketika konsert penyanyi Asake dari Nigeria sedang berlangsung dan pihak polis menerima panggilan kecemasan semalam. – Bernama, 16 Disember, 2022.
Komen