Kherson diserang lebih 16 kali, kata Zelensky 


Presiden Volodymyr Zelensky menyifatkan serangan Rusia sebagai tindakan yang kejam.– Gambar EPA, 16 Disember, 2022.

TENTERA Rusia melancarkan serangan bom ke atas bandar Kherson di Ukraine lebih 16 kali pada Khamis, kata Presiden Volodymyr Zelensky.

“Sejak awal hari ini sahaja, Rusia telah mengebom Kherson lebih daripada 16 kali, hanya dalam satu hari!” presiden Ukraine itu berkata dalam ucapan hariannya di media sosial.

Tambahnya, serangan turut berlaku di wilayah Donbas dan Kharkiv di negara berkenaan. – AFP, 16 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen