RIBUT salji kedua melanda timur laut Amerika Syarikat dalam tempoh kurang daripada seminggu pada Rabu menyebabkan 2,500 penerbangan terpaksa dibatalkan berikutan salji tebal.
Kira-kira 550 penerbangan yang tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang John F Kennedy - hampir 42% daripada jumlah yang dijadualkan- terpaksa dibatalkan pada jam 7 malam, bersama 700 penerbangan dari lapangan terbang Newark, New Jersey dan La Guardia yang sebahagian besar beroperasi untuk penerbangan domestik, menurut laman web pengesan penerbangan FlightAware.
Lapangan terbang di Boston dan Philadelphia turut terjejas, dengan 20% penerbangan dibatalkan.
Penurunan salji dengan guruh dan kilat itu tidak dijangka akan berlarutan sehingga Rabu.
Hanya beberapa sentimeter salji turun di JFK, tetapi lebih 30 sentimeter dilaporkan turun di kawasan tengah New York dan lebih 50 sentimeter di kawasan luar bandar New York, New Jersey dan Connecticut, menurut perkhidmatan kaji cuaca AS, NWS.
Suhu masih mencatatkan di bawah paras beku, dan NWS turut mengeluarkan amaran salji tebal, banjir di kawasan pesisir patai dan angin kencang di kawasan terlibat.
Pada waktu petang, keadaan kabus tebal menyukarkan perjalanan di kawasan New York, kata NWS.
Peandu di negeri berkenaan dinasihatkan agar tidak melakukan perjalanan, namun ia tidak dilarang. Polis New Jersey turut menerima 356 laporan kemalangan jalan raya antara tengah malam hingga 4 pagi.
Sekolah di New York dan juga pejabat kerajaan serta mahkamah masih beroperasi seperti biasa.
Pada Selasa di New Jersey, Datuk Bandar Phil Murphy mengisytiharkan darurat dan sekolah ditutup dan amaran itu dijangka akan ditarik balik pada malam Rabu.
Seklah di Boston yang turut dijadualkan tutup sehingga Khamis. – AFP, 8 Mac, 2018.
Komen