Menteri kehakiman Poland menang undi percaya


Menteri kehakiman Poland Zbigniew Ziobromenang undi percaya di Parlimen semalam. – Gambar AFP, 14 Disember, 2022.

MENTERI kehakiman Poland menang undi percaya di Parlimen semalam, lapor Agensi Anadolu.

Zbigniew Ziobro ialah ketua Solidari Poland (SP), parti termuda dalam pakatan parti yang memerintah dan pencatur utama dalam reformasi badan kehakiman yang membawa kepada pembekuan berbilion euro, bayaran untuk menampung pelan pemulihan selepas Covid-19. 

Sebanyak 226 Ahli Parlimen (MP) menyokong manakala 228 lagi menentang dan tiga berkecuali.

Kemenangan tipis Ziobro itu menandakan masih berlaku perpecahan dalam kalangan parti yang berganbung.

Sebelum ini Perdana Menteri Mateusz Morawiecki yang juga seteru utama Ziobro dalam kerajaan mengkritik reformasi badan kehakiman itu.

“Badan kehakiman sudah dilanda banyak masalah dan kita tidak boleh mencetuskan lagi keadaan huru-hara. Keadaan hari ini lebih teruk berbanding dulu,” katanya. – Bernama, 14 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen