LIONEL Messi sekali lagi berjaya membawa pasukannya ke final Piala Dunia 2022 apabila Argentina membenamkan pasukan Croatia 3-0 di peringkat separuh akhir.
Messi menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-34 sebelum Julian Alvarez menggandakan jaringan minit ke-39 dan 69 di Stadium Lusail di mana aksi final akan berlangsung di lokasi sama.
“Argentina sekali lagi di final Piala Dunia. Raikannya!,” kata Messi.
“Kami melalui situasi yang sukar. Hari ini kami melalui sesuatu yang amat menakjubkan,” tambahnya.
Lima gol yang dijarikan Messi setakat ini bermakna beliau mengatasi rekod Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Argentina di Piala DUnia dengan jaringan 11 gol.
Argentina tiba di Qatar sebagai antara pasukan pilihan tetapi kemampuan mereka mula diragui selepas tewas 1-2 kepada Arab Saudi pada aksi pembukaan peringkat kumpulan. – AFP, 14 Disember 2022.
Komen