Pelawat antarabangsa banjiri Mekong Delta menjelang pesta tahun baharu 


Kawasan Mekong Delta mengalu-alukan kira-kira 200 pelawat asing setiap minggu, terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat.– Gambar EPA, 13 Disember, 2022.

WILAYAH Mekong Delta An Giang dan Kien Giang di Vietnam telah menyaksikan peningkatan jumlah ketibaan pelancong asing sejak minggu-minggu terakhir 2022.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bandar Tan Chau di wilayah An Giang, Tran Thi Hoa Binh, kawasan itu mengalu-alukan kira-kira 200 pelawat asing setiap minggu, terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Statistik menunjukkan bahawa An Giang menerima kunjungan kira-kira 7.5 juta pengunjung dan menjana pendapatan 4.7 trilion VND (AS$198.6 juta) daripada aktiviti pelancongan pada 2022, mewakili lonjakan tahun ke tahun sebanyak 127% dan 119%, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sementara itu, Kien Giang mengalu-alukan lebih 7 juta pelawat domestik dan asing pada tahun ini, termasuk 194,555 warga asing, meraih hampir 9.7 trilion VND, menurut Pengarah Jabatan Pelancongan wilayah, Bui Quoc Thai.– Bernama, 13 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen