WHITE House semalam mengecam gesaan jutawan Elon Musk yang mendesak pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci didakwa atas pengendaliannya terhadap pandemik Covid-19.
“Ini sangat berbahaya, kita lihat ia serangan peribadi,” kata jurucakap White House Karine Jean-Pierre, sebagai tindak balas kepada tweet CEO Twitter itu semalam, yang kemudiannya tular.
“Ia amat menjijikkan dan tidak kena langsung dengan realiti,” katanya berhubung gesaan Musk yang mahu Fauci dikenakan hukuman, berikutan pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan AS itu mengetuai tindakan kerajaan menangani Covid-19 pada awal 2020.
Menerusi Twitter, Musk menyatakan kata ganti namanya, pendakwa atau Fauci, merujuk amalan kata ganti nama jantina individu.
Beliau juga menyiarkan meme, menunjukkan Fauci memberitahu Presiden AS Joe Biden, “Hanya satu lagi sekatan pergerakan, rajaku”, sebagai kritikan nyata terhadap langkah sekatan Covid-19 yang mula diambil di beberapa bahagian negara itu pada tahun pertama wabak bermula.
Kritikan itu juga ditimbulkan dalam kalangan pemimpin Konservatif termasuk bekas presiden, Donald Trump berhubung kempen kerajaan memerangi Covid-19, mengenai ancaman bunuh terhadapnya dan mempunyai pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk melindunginya.
“Serangan peribadi ini sangat berbahaya kepada Dr Fauci serta profesional kesihatan yang lain. Beliau (Dr Fauci) berkhidmat di bawah tujuh presiden Republikan dan Demokrat. Kita tidak boleh lupa komitmennya terhadap HIV Aids dan kemudian Covid-19, yang menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jean-Pierre.
Katanya, Dr Fauci seorang yang amat berdedikasi dalam seluruh kerjaya, kehidupan dan rakyat AS beruntung kerana bakat luar biasanya yang dicurahkan kepada rakyat.
Fauci, 81, akan berundur daripada jawatannya dalam kerajaan sebagai ketua penasihat perubatan Biden bulan ini, serta pengarah Institut Kebangsaan untuk Alahan dan Penyakit Berjangkit, yang dipimpinnya sejak 1984. – AFP, 13 Disember, 2022.
Komen