Hotel popular dengan ahli perniagaan China di Kabul diserang


SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh apabila lelaki bersenjata menyerang sebuah hotel yang popular dengan ahli perniagaan China di Kabul, Afghanistan dengan beberapa letupan dan tembakan turut berlaku, di mana kumpulan IS mengaku bertanggungjawab.

Taliban mendakwa pihaknya meningkatkan keselamatan sejak kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu tetapi dengan serangan serangan bom dan letupan, kebanyakannya didakwa dilakukan kumpulan IS tempatan.

NGO kecemasan kerajaan Itali, yang mengendalikan hospital kira-kira 1km dari lokasi letupan, berkata pihaknya menerima 21 mangsa, termasuk tiga meninggal dunia.

Jurucakap polis Kabul berkata tiga penyerang terbunuh dan seorang suspek ditangkap, menyifatkan serangan itu ada “unsur nakal”.

“Semua penginap hotel itu diselamatkan dan tiada warga asing terbunuh dengan dua tetamu warga asing cedera apabila terjun dari tingkat atas,” kata Ketua Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid menerusi Twitter.

IS dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan dua ahlinya menyerang sebuah hotel besar yang sering dikunjungi diplomat dan ahli perniagaan China di Kabul, dengan meletupkan dua bahan letupan disembunyikan di dalam dua beg. – AFP, 13 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen