Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet pertama


Yang di-Pertuan Agong Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini. – Gambar Facebook, 12 Disember, 2022.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan sesi mesyuarat pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula 4.15 petang. 

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November lalu,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik tiga keping gambar menunjukkan perdana menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan. – Bernama, 12 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen