Sentimen pengeluar besar Jepun merosot pada suku keempat


Indeks tinjauan perniagaan keseluruhan bagi industri besar Jepun mencatatkan +0.7 berbanding +0.4 pada suku yang lepas.– Gambar EPA, 12 Disember, 2022.

SENTIMEN pengeluar besar Jepun merosot ketara pada suku keempat, menurut tinjauan perniagaan yang diterbitkan Kementerian Kewangan pada Isnin.

Pada -3.6, unjuran indeks perniagaan pengeluar besar bertukar negatif pada suku keempat, turun daripada +1.7 pada suku ketiga, lapor dpa-AFX.

Indeks itu diunjur meningkat kepada +1.4 pada suku seterusnya.

Sementara itu, indeks bagi bukan pengilang besar, indeks tinjauan perniagaan meningkat kepada 2.7 daripada -0.2 pada suku ketiga. Bagaimanapun, skor itu diunjur akan menurun kepada 1.9 pada suku pertama 2023.

Oleh itu, indeks tinjauan perniagaan keseluruhan bagi industri besar mencatatkan +0.7 berbanding +0.4 pada suku yang lepas. Bagi suku akan datang, skor dijangkakan pada 1.8. – Bernama, 12 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen