3 maut, lebih 21,000 terjejas siklon Mandous badai Sri Lanka


Siklon Mandous menyebabkan 5,639 rumah di kebanyakan kawasan di Sri Lanka mengalami kerosakan. – Gambar AFP, 12 Disember, 2022.

TIGA orang terbunuh dan lebih 21,000 peduduk terjejas ekoran cuaca buruk yang dicetuskan siklon Mandous, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) Sri Lanka pada Isnin.

DMC memaklumkan 19 orang cedera dan mereka yang terjejas melibatkan 6,113 keluarga di 16 daerah dan bencana itu turut menyebabkan 5,639 rumah di kebanyakan kawasan mengalami kerosakan, lapor Xinhua.

Timbalan Pengarah DMC Pradeep Kodippili memberitahu media bahawa pihaknya sudah mula menilai kerosakan dan mereka yang terjejas akan menerima pampasan. – Bernama, 12 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen