Lelaki tembak mati 3 wanita di Itali


SEORANG lelaki menembak mati tiga wanita dan menyebabkan empat lagi cedera di Rom, semalam kata polis.

Insiden disyaki berlaku akibat perbalahan mengenai rumah.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni menerusi Facebook semalam berkata salah seorang mangsa adalah rakannya.

Penembak terbabit, Claudio Campi, 57, dikatakan melepaskan tembakan ketika mesyuarat diadakan di bangunan pangsapuri di utara Rome, menggunakan pistol curi.

Menerusi blognya pada November, Campir menulis tentang konfliknya dengan pihak pengurusan bangunan pangsapuri itu, di mana beliau mendakwa dipaksa keluar dari rumahnya.

Salah seorang mangsa yang maut ialah Nicoletta Golisano, 50, dan mempunyai seorang anak berusia 10 tahun. Beliau hadir ke mesyuarat itu kerana bertugas sebagai bendahari.

Meloni di Facebook berkata beliau adalah kawan mangsa yang dianggapnya sebagai seorang ibu yang baik, teman yang ikhlas dan seorang yang kuat.

Suspek pada masa ini sudah ditahan polis. – AFP, 12 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen