PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberitahu rakan sejawatannya dari Russia Vladimir Putin adalah penting Kremlin “mengeluarkan” tentera Kurdish dari utara Syria.
Erdogan mengancam untuk melancarkan pencerobohan tentera baharu ke utara Syria bagi mendesak tentera Kurdish yang dipersalahkannya susulan letupan bom November yang mengorbankan enam nyawa di Istanbul beredar.
Perjanjian 2019 antara Moscow dan Ankara menamatkan satu lagi serangan darat dengan menubuhkan “zon selamat” sepanjang 30 kilometer (19 batu) untuk melindungi Turki daripada serangan rentas sempadan dari wilayah Syria.
Erdogan menuduh Rusia – pemain penting dalam konflik Syria yang menyokong Presiden Bashahr al-Assad – gagal untuk mengikuti perjanjian itu.
Erdogan memberitahu Putin dalam panggilan telefon “penting untuk mengeluarkan (pejuang Kurdish) dari sempadan ke kedalaman sekurang-kurangnya 30 kilometer,” katanya di pejabatnya hari ini.
Erdogan “menyatakan ini adalah keutamaan,” kata presiden Turkiye itu.
Beberapa pasukan tentera Kurdish ditempatkan di kawasan di bawah kawalan tentera Russia.
Pasukan lain berjuang dengan Amerika Syarikat menentang jihad dari kumpulan Negara Islam.
Kedua-dua pihak Moscow dan Washington memberi tekanan diplomatik ke atas Ankara untuk tidak melancarkan serangan darat baharu.
Turkiye menyerang kedudukan Kurdish berhampiran sempadan dengan tembakan artileri dan serangan dron sejak 20 November sebagai tindak balas kepada letupan bom.
Namun, ia masih belum memberikan mana-mana kuasa besar untuk menyokong mereka yang ditempatkan di kawasan itu.
Kumpulan Kurdish menafikan penglibatan dalam serangan di Istanbul. – AFP, 11 Disember, 2022.
Komen