TAIKUN media pro demokrasi Hong Kong Jimmy Lai menerima hukuman penjara terbaru selama lima tahun sembilan bulan pada Sabtu selepas disabit bersalah dalam kes pelanggaran kontrak.
Lai, pengasas akhbar Apple Daily yang kini ditutup, berusia 75 tahun itu, baharu sahaja menamatkan hukuman penjara 20 bulan yang disabitkan ke atasnya kerana penglibatan dalam protes dan himpunan tanpa kebenaran.
Beliau juga berdepan kemungkinan penjara seumur hidup dalam perbicaraan kes melibatkan pendakwaan keselamatan negara.
Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Ned Price menyifatkan hukuman itu sebagai “sangat tidak adil” dan sekali lagi mendesak Beiing untuk “menghormati kebebasan bersuara termasuk kebebasan media di Hong Kong”.
Walaupun pendakwaan sebelum ini berkaitan peranan Lai dalam protes demokrasi besar-besaran melanda Hong Kong pada 2019, kes terbaru melibatkan salah satu syarikatnya yang melanggar terma pajakan pejabat akhbarnya.
Lai dan bekas eksekutif Appel Daily Wong Wai-keung disabit bersalah kerana menipu pada Oktober dalam kes yang disifatkan Hakim Stanley Chan sebagai skim “terancang, teratur dan bertahun-tahun”.
Pendakwaan berkata syarikat perundingan kendalian Lim atas kapasiti peribadinya mempunyai ruang pejabat di Apple Daily yang disewakan untuk tujuan penerbitan dan percetakan.
Ini melanggar terma pajakan yang ditandatangi antara Apple Daily dan syarikat kerajaan dan bersifat penipuan, kata pendakwaan.
Peguam sebelum itu berhujah yang kes itu sepatutnya dibicarakan sebagai saman sivil dan bukan pendakwaan jenayah, menambah yang keluasan meter persegi yang terlibat adalah sangat kecil.
Selain hukuman penjara itu, Lai juga didenda HK$2 juta (AS$257,000) dan dilarang menguruskan syarikat selama lapan tahun.
Wong, 61, pula dipenjara 21 bulan, dengan hakim menyifatkannya sebagai “pemandu dalam jenayah rompakan”.
Hakim berkata hukuman itu adalah maklum balas kepada “kes mudah penipuan” yang berlaku sekitar 1990-an apabila undang-undang pajakan itu mula berkuatkuasa.
Beliau mengecam Apple Daily kerana menyalahguna reputasinya sebagai syarikat media ternama sebagai “pelindung”, yang didakwanya menghalang tuan tanah daripada bertindak ke atas pelanggaran terma pajakan itu.
Tetapi katanya, kes itu tiada kaitan dengan politik atau kebebasan media.
“Jangan buat kesimpulan ia berkaitan dengan politik,” katanya.
Salah seorang aktivis pro demokrasi Hong Kong paling dikenali, Long sudah lama secara terbuka mengecam Beijing.
Bertahun-tahun lamanya, Apple Daily mengeluarkan kritikan ke atas Parti Komunis China dan secara terbuka menyokong gerakan demokrasi.
Ia ditutup tahun lepas selepas dananya dibekukan dan ramai kakitangan kanannya didakwa bersama-sama Lai dalam operasi keselamatan negara dilancarkan di Hong Kong- sebahagian besarnya kerana kempen mereka mendesak sekatan antarabangsa ke atas China. – AFP, 11 Disember, 2022.
Komen