SEKURANG-kurangnya orang maut manakala berpuluh lagi masih hilang selepas satu letupan memusnahkan sebuah blok pangsapuri di Pulau Jersey pada Sabtu, kata pihak berkuasa.
Pulau Jersey terletak di antara England dan Perancis.
Ketua Menteri Kristina Moore mengesahkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan sekitar jam 4 pagi waktu tempatan itu, yang disyaki akibat kebocoran gas di pelabuhan St Helier.
Rakaman kamera keselamatan memaparkan api menjulang diikuti asap tebal menyelubungi bangunan pangsapuri tiga tingkat itu.
Syarikat pembekal gas, Island Energy, berkata satu siasatan bersama jabatan bomba sedang dijalankan untuk mengetahui punca letupan.
Ketua Polis Jersey Robin Smith dipetik media tempatan sebagai berkata pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas penduduk melaporkan mereka terhidu bau gas. – AFP, 11 Disember, 2022.
Komen