PENGURUS Brazil Tite mengesahkan beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar semalam, lapor Xinhua.
Tite yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016 mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.
“Ia sangat sukar,” kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.
Apabila ditanya mengenai legasi yang akan ditinggalkannya, lelaki berusia 61 tahun itu menjawab: “Masa akan menentukannya.”
Tite memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019. – Bernama, 10 Disember, 2022.
Komen