Rundingan perjanjian pandemik global Februari ini, kata WHO


Karya seni artis Angela Palmer tentang Covid-19. Pada Rabu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semua 194 negara anggotanya bersetuju untuk membangunkan draf pertama perjanjian bagi melindungi dunia daripada pandemik masa depan. – Gambar AFP, 8 Disember, 2022.

RUNDINGAN mengenai draf perjanjian global untuk menangani pandemik seterusnya akan bermula pada Februari tahun depan, umum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

194 negara anggota WHO telah membatalkan perjanjian pandemik sejak Isnin bertujuan untuk tindak berlaku lagi kesilapan tindak balas seperti yang terjadi ketika munculnya Covid-19 sehingga menjadi sebagai krisis global.

Pada hari terakhir rundingan, mereka “bersetuju untuk membangunkan draf pertama perjanjian yang mengikat secara sah yang direka untuk melindungi dunia daripada pandemik masa depan”, kata WHO dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Draf sifar” perjanjian pandemik tersebut, yang berakar umbi dalam Perlembagaan WHO, akan dibincangkan pada 27 Februari 2023, katanya.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ketiga kemunculan Covid-19 di China.

Virus itu telah membunuh 6.6 juta orang, menelan belanja bertrilion dolar, selain mendedahkan ketidaksamaan dalam akses kepada penjagaan kesihatan dan perubatan di seluruh dunia.

Kesan pandemik itu “ke atas kehidupan manusia, ekonomi dan masyarakat pada umumnya tidak boleh dilupakan”, kata Precious Matsoso dari Afrika Selatan, ahli badan perundingan WHO yang akan mengusahakan draf itu.

“Peluang terbaik yang kita ada, hari ini, sebagai komuniti global, untuk mengelakkan kejadian masa lalu berulang adalah untuk bersatu… dan membangunkan perjanjian global yang melindungi masyarakat daripada ancaman pandemik masa depan.”

Konsep “draf sifar” ini perlu mengukuhkan kesediaan negara sambil mengambil kira isu ekuiti, tambahnya.

Cabaran akhirnya akan mencari keseimbangan antara sesuatu yang berani, dan sesuatu yang boleh dipersetujui oleh semua negara.

Pamela Hamamoto, perunding utama Amerika Syarikat (AS), berkata awal minggu ini “terdapat banyak yang perlu diubah” sebelum AS menandatangani draf itu.

Beliau berkata Washington mahu melihat ketelusan ditetapkan dalam perjanjian itu – seperti janji untuk perkongsian data yang pantas dan komprehensif antara negara.

Proses untuk mencapai persetujuan telah dilancarkan pada penghujung tahun 2021, dengan rancangan untuk menerima pakai teks yang mengikat secara sah menjelang musim bunga tahun 2024. – AFP, 8 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen