AMERIKA Syarikat (AS) pada Rabu berkata hukuman mati yang dijalankan secara terbuka oleh Taliban di Afghanistan menunjukkan ia kembali kepada zaman gelap kumpulan Islam itu ketika ia menegaskan hak asasi semasa mesyuarat terbaharu.
“Kami melihat video keji yang tular dalam talian sejak kebelakangan ini,” kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price kepada pemberita.
“Ini menunjukkan kepada kita Taliban ingin kembali kepada amalan regresif dan ganas mereka pada 1990-an,” kata Price.
“Ia akan menjadi penghinaan terhadap maruah dan hak asasi manusia semua rakyat Afghanistan,” kata Price yang menyifatkannya sebagai kegagalan yang jelas oleh Taliban untuk menegakkan janji mereka.
Hukuman mati itu diumumkan ketika jurucakap AS di Afghanistan, Thomas West, bertemu dengan delegasi Taliban di Abu Dhabi, yang diketuai menteri pertahanan, Mohammad Yaqoob, anak kepada pengasas kumpulan itu, Mullah Omar.
West berkata, beliau membangkitkan mengenai “keadaan hak asasi manusia yang semakin merosot” termasuk layanan terhadap wanita dan gadis, yang dinafikan hak pendidikan sejak Taliban kembali berkuasa.
“Kestabilan ekonomi dan sosial negara dan kesahan domestik dan antarabangsa Taliban sangat bergantung pada layanan mereka terhadap ibu dan anak perempuan Afghanistan,” tulis West di Twitter.
Taliban berkata mereka merancang untuk menguatkuasakan sepenuhnya aspek undang-undang Islam termasuk rejam, sebatan dan pemotongan anggota badan bagi pencuri.
ASt bermula di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump berunding dengan Taliban untuk mendapatkan jaminan keselamatan bagi pengunduran tentera AS, yang meninggalkan negara itu pada 2021 selepas dua dekad atas arahan Presiden Joe Biden.
Pengantara AS pada mulanya meminta jaminan mengenai hak asasi manusia daripada Taliban tetapi dialog tentatif dengan pelbagai rakyat Afghanistan dan kerajaan yang disokong Barat gagal apabila pemberontak dengan pantas menawan negara itu. – AFP, 8 Disember, 2022.
Komen