JUMLAH dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dalam tempoh 11 bulan pertama 2022 meningkat 2.4% tahun ke tahun kepada AS$697.694 bilion, menurut Pentadbiran Am Kastam China.
Sputnik melaporkan AS kekal sebagai tiga rakan dagangan utama China selain Asean dan Kesatuan Eropah.
Menurut data kastam China, eksport dari China ke AS pada Januari-November meningkat 3.4% tahun ke tahun bernilai AS$535.995 bilion manakala AS membekalkan barangan bernilai AS$161.699 bilion kepada China.
Sementara itu dagangan Russia-China dalam tempoh yang sama meningkat 32% kepada rekod AS$172.406 bilion.
China mengeksport barangan ke Russia bernilai AS$67.334 bilion meningkat 13.4% berbanding tempoh sama pada 2021 manakala eksport Russia ke China menambah 47.5% bernilai AS$105.072 bilion.
Pada November, perdagangan antara kedua-dua negara itu bernilai AS$18.256 bilion. Russia membekalkan barangan bernilai AS$10.545 bilion kepada China manakala China membekalkan barangan berjumlah AS$7.711 bilion kepada Russia. – Bernama, 8 Disember, 2022.
Komen