Rasta Sudan ikrar terus lawan tindakan keras kerajaan


Jumlah Rastafarian di Sudan tidak diketahui, malah komuniti itu sebahagian besarnya hidup secara "bawah tanah" di bawah pemerintahan autokratik Omar al-Bashir, yang digulingkan pada April 2019. – Gambar AFP, 7 Disember, 2022.

ABDALLAH Ahmed, dengan gaya rambut pilinannya (dreadlocks), sudah akur gaya hidupnya membawa masalah kepada dirinya di Sudan, berkata golongan Rastafarian kini menjadi sasaran kembali.

Ahmed, 31, telah bertahun-tahun hidup dengan tradisi Rastafari yang muncul di Jamaica abad lalu yang baginya ia mewakili “berkata benar, berani, perjuangkan hak”.

Jumlah Rastafarian di Sudan tidak diketahui, malah komuniti itu sebahagian besarnya hidup secara “bawah tanah” di bawah pemerintahan autokratik Omar al-Bashir, yang digulingkan pada April 2019.

“Kami sangat teruja selepas kejatuhan Bashir,” kata Ahmed, peminat Bob Marley yang juga dikenali sebagai “Maxman”, pada pameran seni di mana beliau mempersembahkan muzik reggae bersama kugirannya.

“Pemuzik dan artis berkembang pesat,” kata Ahmed.

Abdallah Ahmed, 31, telah bertahun-tahun hidup dengan tradisi Rastafari yang muncul di Jamaica abad lalu yang baginya ia mewakili

Tetapi kebebasan tidak berkekalan apabila peralihan selepas kejatuhan Bashir yang membawa kepada pemerintahan awam telah dibatalkan tahun lalu apabila ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan mengetuai rampasan kuasa tentera.

Rastafarianisme menganggap bekas maharaja Ethiopia Haile Selassie sebagai al-Masih, tetapi seperti kebanyakan pengikut di Sudan, Ahmed memberitahu AFP, beliau tidak melihatnya sebagai agama.

“Ia adalah gaya hidup, dan ia adalah saya.”

Di bawah Bashir, golongannya kerap diganggu, dicukur kepala dan berhadapan penganiayaan di bawah undang-undang ketenteraman awam yang ketat, yang menyekat cara orang berpakaian atau berkelakuan di khalayak ramai.

Ahmed berkata beliau pernah ditangkap kerana memiliki dadah pada 2017 ketika membuat persembahan muzik di khalayak ramai, selain disebat sebanyak 20 kali.

Pengikut tradisi Rastafari sentiasa menjadi “sasaran mudah” pasukan keselamatan kerana penampilan mereka, kata Ahmed, yang juga pernah diganggu oleh anggota keselamatan semasa protes Khartoum pada November serta berhadapan tuduhan “menyebabkan gangguan awam”.

“Ia, bagaimanapun, tidak pernah menghalang kami daripada mengembangkan rambut kami,” tambahnya. “Sesetengah daripada kami meninggal dunia semasa mengekalkan gaya hidup peribadi mereka.”

Pembunuhan beberapa Rastafarian Sudan dalam demonstrasi antirampasan kuasa besar-besaran sejak pengambilalihan oleh ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan tahun lalu telah menimbulkan slogan protes yang popular:

Rasta tidak pernah mati

Pembunuhan beberapa Rastafarian Sudan dalam demonstrasi antirampasan kuasa besar-besaran sejak pengambilalihan Burhan tahun lalu telah menimbulkan slogan protes yang popular: “Rasta tidak pernah mati”.

Sekurang-kurangnya 121 orang telah terbunuh dalam tindakan keras terhadap protes sejak rampasan kuasa Oktober 2021, menurut pakar perubatan prodemokrasi.

Menyedari “kedamaian dan spontan” demonstrasi, pembuat filem Afraa Saad memberitahu AFP “ini membuatkan kami percaya mereka jadi sasaran”.

“Saya percaya slogan itu muncul untuk mengatakan reputasi baik mereka akan kekal.”

Sebagai seorang wanita, Saad, 35, berkata, beliau telah menghadapi masalah yang lebih besar berbanding lelaki Rastafarian sejak beliau pertama kali memeluk tradisi itu semasa kemuncak demonstrasi anti-Bashir.

“Bantahan yang paling berterusan ialah: kenapa seorang gadis pilih untuk menggayakan rambut pilinan sedangkan banyak lagi gaya rambut lain yang lebih boleh diterima,” katanya, menyatakan “stereotaip lazim” yang mengikat rambut pilinan dengan penggunaan dadah dan “tingkah laku yang tidak sesuai”.

Saad melihat pilihan gaya hidupnya sebagai sebahagian daripada perjuangan wanita Sudan menentang peraturan ketat adat istiadat sosial sejak rejim Bashir.

Pembuat filem Afraa Saad, 35, berkata beliau telah menghadapi masalah yang lebih besar berbanding lelaki Rastafarian sejak beliau pertama kali memeluk tradisi itu semasa kemuncak demonstrasi anti-Bashir. – Gambar AFP, 7 Disember, 2022.

Wanita berada di barisan hadapan dalam protes besar-besaran menentang pemerintahan autokrat yang telah lama menyuarakan kemarahan mereka terhadap diskriminasi berdekad-dekad yang menyekat peranan mereka dalam masyarakat.

“Saya langsung tidak mengendahkan perkara ini,” kata Saad. “Ini adalah identiti saya dan inilah saya.”

Bagi sesetengah orang di Sudan, mengenakan gaya rambut sebegini, mendengar muzik reggae atau mempunyai gaya hidup seperti Rasta hanyalah tindakan menentang.

Saleh Abdalla, 26, seorang lagi Rastafarian berkata, ia adalah caranya memprotes rampasan kuasa tentera Oktober 2021.

“Saya akan simpan Rasta (gaya rambut) sehingga rejim tumbang.” – AFP, 7 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen