PARLIMEN Indonesia semalam meluluskan undang-undang mengharamkan hubungan seks di luar nikah.
Pengkritik menyifatkan tindakan itu sebagai halangan besar terhadap hak di negara paling ramai penduduk Islam di dunia.
Selepas teks disahkan oleh sembilan parti dalam rombakan menyeluruh kanun jenayah Timbalan Speaker Dewan Sufmi Dasco Ahmas memukul penukul memberi maksud teks itu diluluskan dan menjerit “sah”.
Semakan semula kanun jenayah Indonesia yang bermula sejak zaman penjajahan Belanda diperdebatkan selama beberapa dekad.
Kumpulan hak asasi manusia membantah pindaan dan mengecamnya sebagai tindakan keras terhadap kebebasan sivil dan kebebasan politik serta peralihan ke arah fundamentalisme di Indonesia yang majoritinya beragama Islam.
“Kami telah mencuba yang terbaik untuk menampung isu penting dan pendapat berbeza yang dibahaskan.
“Bagaimanapun sudah tiba masanya kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindahan kanun keseksaan dengan meninggalkan kanun jenayah yang diwarisi penjajah,” kata Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Yasonna Laoly kepada Parlimen.
Artikel yang menjenayahkan seks di luar perkahwinan menerima kritikan organisasi perniagaan Indonesia sebagai memudaratkan pelancongan walaupun pihak berkuasa menegaskan warga asing yang melancong ke Bali tidak akan terjejas.
Kod baharu itu yang masih perlu diluluskan oleh Presiden Joko Widodo akan dikuatkuasakan selepas tiga tahun. – AFP, 7 Disember, 2022.
Komen