7 penumpang bas maut bom meletup tepi jalan di Afghanistan


Seramai tujuh penumpang maut, enam lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terkena letupan bom yang diletakkan di tepi jalan Mazar-i-Sharif, di Afghanistan. – Gambar Facebook, 6 Disember, 2022.

SERAMAI tujuh penumpang maut manakala enam lagi cedera apabila sebuah bas yang dinaiki dilaporkan terkena letupan yang diletakkan di tepi jalan Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah utara Balkh pada Selasa.

“Bom berkenaan diletakkan di tepi jalan dan mengenai sebuah bas yang membawa kakitangan kerajaan Direktorat Petroleum pada 7.30 pagi waktu tempatan, mengakibatkan tujuh penumpang maut manakala enam lagi cedera,” kata jurucakap polis wilayah Mohammad Asif Waziri kepada media.

Para penumpang dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum insiden itu berlaku, lapor Xinhua.

Siasatan berhubung kejadian telah dijalankan, dan tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab setakat ini. – Bernama, 6 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen