Johari Abdul pilihan Pakatan sebagai speaker, kata sumber


Vasudevan Vamadevan

Bekas ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul sekali lagi menjadi pilihan PH untuk jawatan speaker Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2022.

BEKAS ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul menjadi pilihan Pakatan Harapan (PH) bagi jawatan speaker Dewan Rakyat manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Mohd Radzi Sheikh Ahmad, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Timbalan pengerusi PH Kedah itu berkhidmat sebagai ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal tetapi tidak menyertai pilihan raya umum lalu.

Berusia 66 tahun, beliau juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah yang dimenanginya pada 2018.

“Setakat ini saya tidak mendengar apa-apa mengenai perkara ini,” kata Johari ketika dihubungi hari ini.

Beliau tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen akan mengundi calon speaker apabila Parlimen bermesyuarat pada 19 Disember akan datang.

Ini adalah kali kedua namanya dicalonkan.

Beliau menjadi pilihan bagi jawatan speaker ketika PH berkuasa pada 2018 tetapi menolaknya kerana enggan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Adun Gurun, yang tidak diingini PKR kerana keseimbangan kuasa yang rapuh dalam DUN Kedah. – 6 Disember, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen